pic keluarga aq
Thursday, 28 July 2011
poems best friend forever......
Sometimes in life,
you find a special friend;Someone who changes your lifejust by being part of it.Someone who makes you laughuntil you can't stop;Someone who makes you believethat there really is good in the world.Someone who convinces youthat there really is an unlocked doorjust waiting for you to open it.
dye aq punya atau dye owg lain punya
aq nak cite nan kowng aq ske at dak nie coz dak nie comel n pndai tp kawn aq si B nie plak dye penah citer at aq yg dye suke at dak sowng nie dak tuu sekelas ngan kte owg...... aq sebenr nye xtau nak wat camne aq xnak si B ilang kpecyaan kat aq tp aq xtau la rase cemburu aq datng dan aq jugk rase yg aq x patot luka an aty si B......
untuk dak yg aq ske aq nak ckp tolong jgn lukaan aty si B walaupon awk x suke dye....
untuk si B aq nak ko tau yg aq xnak kehilngan ko sbb ko kwn baek aq,,,....
aq (nurul azieqa)
si B(kwn baek aq)
awk/owng aq ske(kwn lelaki)<3
Wednesday, 27 July 2011
Monday, 25 July 2011
kawan ku berkata...:)
nak jiwang
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...

Zahiril Adzim: yang aku nantikan
Zahiril Adzim: yang aku nantikan: "Alhamdulillah. Setelah ditolak - tolak oleh Faisal, setelah dicuri - curi masaku untuk memberi perhatian pada penyiapan, akhirnya buku aku..."
Sunday, 24 July 2011
erti kawan sejati
Salam semua. Cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, adakah tahap menghargai yang pernah anda pamerkan selama anda hidup ni betul-betul buat seseorang terasa dihargai? Pernah atau tidak? Aku hidup 19 tahun lebih ni, dan dalam hidup aku selama ni aku dah rasa diri aku dihargai sewajarnya dan diri aku diletak tepi! Di tolak sana sini. Dibiar tanpa erti. Aku pernah kecewa juga disebabkan cara aku tidak dihargai. Aku kecewa sebab aku memang sewajarnya dihargai. Sebab aku rasa memang aku punya hubungan dengan dia. Tapi kenapa aku dibuang. Cuma, perit kalau aku nak catat satu persatu dalam ni. Kalau nak explain panjang pasal erti menghargai, aku tak tau nak sebut macam mana. Cuma kehidupan seharian inilah yang akan beri korang rasa apa itu hargai, menghargai, dan dihargai!
Memang betul istilah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tapi, selama mana kau nak sentiasa menjadi orang yang menerima budi, dan orang yang sentiasa merasa? Cuba buat perubahan. Cuba biarkan konsep "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ni, sentiasa berlaku selang seli dalam kehidupan kita. Bagi aku, kalau korang nak kenal apa itu erti budi, dan rasa adakah budi anda itu dihargai, cuba-cubalah menabur budi kat orang lain. Lepas tu, korang lihat dan nilai. Kalau budi korang tu tak dihargai, jangan cepat melatah, cuba kembali pada diri sendiri, adakah anda begitu juga. Fikir.
****************************************************************
Seriusly, bukan main-main, minggu lepas dan minggu ni cukuplah aku nak stress-stress sebab kawan. Letih. Penat. Ingat, jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. Pengalaman itu yang paling berharga. Tak pe kalau lambat nak selesaikan masalah tu, janji korang tak lari. Sebab sejauh mana korang lari, sejauh itu jugalah korang akan ditinggalkan oleh rakan-rakan. Sejauh itu jugalah korang takkan tahu erti nak selesaikan masalah. Betul cakap kawan aku, selepas ibu bapa, rakan-rakan adalah seterusnya yang rapat dengan kita. Jujurnya, memang banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku bersyukur sebab aku percaya yang aku punya kawan sejati. Dan aku anggap mereka begitu juga. Terutamanya, RSC (quru, haziq, ghazi, pjol, fiq, mak, qila, ama, pan, yana dan nor), ayie, epul, bing chang, pei ler, syafiq, fariz, amin, faiz, faliq, muna, ira, adah, fazilah, fatah, akim, farid. Mereka ni buat aku percaya yang kawan sejati masih ada dan ya, aku bangga aku ada mereka.

sayangnya aq kepada kamu
Sahabat ku sayang,
Di saat warkah ini ku ukirkan, terselit rasa cemburu yang jelas bukan kerana ingin kau musnah. Tapi aku bimbang hati mu akan hancur kerana sesuatu yang tidak pasti walau tiada insan tersayang disisi mu menghalangi. Kerana itu terselit rasa ragu, apakah aku yang bersalah?
Sahabat ku sayang,
Warkah ini ku hadirkan walau tidak dilayang pada mu secara langsung tapi ku sangat mengharapkan kau mengerti. Cemburu ini hadir kerana tidak mahu kau hancur. Cemburu ini hadir kerana kau sahabat tersayang yang ku harapkan kehadiran mu berkumpul bersama di perkampungan akhirat. Dan hadirnya diri mu dalam episod kehidupan ku sebagai insan yang akan menolak ku ke syurga. Bukan insan yang akan aku memusuhi mu diakhirat sana kerana menjaga hati mu disini. Tapi aku masih ragu apakah benar cemburu yang ku rasakan ini salah?
Sahabat ku sayang,
Ku beranikan diri melakar lukisan hati melalui warkah ini agar kau mengerti. Realiti kehidupan dunia ini sangat menyakitkan. Keindahan yang kita rasakan ini sementara. Bahkan ia cuma mahu menipu kita untuk terus lalai dari misi sebenar hadirnya kita di dunia yang penuh dengan pembohongan ini. Hati ini sangat cemburu andai kau memandang remeh pada sesuatu yang harus kau letakkan pada tempatnya. Aku ingin kau gembira sahabat ku sayang. Cuma itu sahabat ku.
Sahabat ku sayang,
Maafkan aku andai kehadiran ku dalam hidup mu membuatkan engkau menyesal. Sungguh aku merasakan hal yang sama apabila tidak menghargai mu suatu ketika dulu. Lalu hadirnya dia dalam persahabatan kita merubah semuanya. Walau janji mu antara aku dan dia keduanya penting namun hati kecil ini tidak mahu memahami. Apatah lagi cuma perasaan yang kau serahkan padanya. Sedangkan dia masih tidak halal buat mu. Sungguh hati ku merasa cemburu. Aku ingin hadirnya dia dalam hidup mu mendapat redha dari Allah yang menciptakan kita.
Sahabat ku sayang,
Aku tidak membenci dirinya. Siapa aku untuk menilai apakah dia baik atau tidak untuk mu sedangkan Allah tahu semuanya. Cuma aku ingin kau mengerti, persahabatan yang telah lama dibina membuat aku merasa cemburu kerana aku sangat takut dia mempersiakan mu walau engkau begitu merasakan hati mu dekat padanya dan insan tersayang disekeliling mu menyenangi dia. Namun tidak bagi ku selagi tiada akad yang terlafaz darinya.
Sahabat ku sayang,
Halalkan ikatan ini jika mampu kau segerakan. Agar tersirna resah cemburu yang ku rasakan ini. Kerana aku mengharap kebahagian mu teman. Kebahagian yang kekal dunia akhirat dan kehidupan yang dilimpahkan keberkatan pada perhubungan kalian berdua. Insya Allah.

menitis kah air mata kalian apabila tahu cerita nya....
Kisah Cinta Dan Kasih Sayang Serta Air Mata Para Sahabat Rasulullah Dijelang Wafatnya Beliau, Dan Wahyu Terakhir Kepada Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassallam Bag. II
kata-kata ku
Keheningan bayu di malam hari,
Menimbulkan rasa rindu di hati,
Inginku kecapi tetapi tangan digari,
Sudikah dikau memecahkan heningan sepi...
Cetusan ilham telah kembali,
Melakar puisi penaku ini,
Buat teman yang disayangi,
Dan yang senantiasa diingati...
Coretan jiwa terukir sekali lagi,
Tatapi wajahmu pelepasan rindu ini,
Selamat beristirahat si pengubat sepi,
Semoga mimpi indah saat tidurmu nanti...

DOA SEORANG SAHABAT UNTUK SAHABAT NYA
ERTI DOA SEORANG SAHABAT
Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama… menuju ke suatu tempat.Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong…
Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi…Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan…Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing…Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah…Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman kepadanya…Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah…Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun….Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula…Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya…Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ…Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah…Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah…“Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…”Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya…Dengan taqdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut…Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu…Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan… Lalu orang tua itu menegur,“Mana sahabatmu yang seorang lagi???”Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu…“Sahabat yang mana satu?”“Sahabatmu yang di pulau itu..”Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut….Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung….“Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!”kata pemuda itu lagi. Lantas orang tua tersebut pun menjawab…“Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…”“Apa doanya?”pemuda bertanya sedikit teruja..“Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…”Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan….Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar….Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia…Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan….“Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”
Warkah tamat...
Hm...indahkan kandungan warkah tersebut...Hanya saya di warkah itu tidak tercatat jawapan daripada sahabat si penulis warkah. Kalaulah kita dapat mengetahui pula jawapan dari sahabatnya itu... Bagaimana agaknya mereka sekarang. Mudah-mudahan mereka menjadi sahabat fillah... Dan mudah-mudahan kita juga mempunyai sahabat sebaik sahabat pemuda yang di dalam cerita itu...Amin..
Subscribe to:
Comments (Atom)